Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO) dengan kerjasama System Development and Engineering Centre (SDEC) telah menganjurkan program EXPLORE AI USIM 2025 bertemakan “Exploring Opportunities and Driving Revolutions in Higher Education with AI (Meneroka Peluang & Memacu Revolusi dalam Pendidikan Tinggi dengan AI)” sebagai platform bagi meningkatkan kesedaran, pemahaman, dan pengaplikasian AI dalam ekosistem akademik dan pentadbiran.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian ilmu antara pakar industri, ahli akademik, pentadbir dan pelajar dalam memahami potensi sebenar AI dalam membentuk masa depan pendidikan tinggi. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti universiti dalam mengadaptasi dan mengintegrasikan AI secara lebih meluas dan berkesan.
Butiran program EXPLORE AI USIM 2025
- Tarikh program: 25 Mac 2025 (Selasa)
- Masa program: 8.00 pagi – 4.00 petang
- Tempat : Dewan Kuliah 1 dan 2, FPBU