Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO).  Pejabat ini yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) telah dijenamakan semula kepada CDO bermula 24 Februari 2023. Walaupun berubah daripada segi nama, namun pejabat ini tetap sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang komprehensif, tepat, berkesan,  cepat dan berkualiti pada tahap profesionalisme, kerahsiaan (confidentiality) serta integriti yang tinggi.

Dengan arus pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) yang serba canggih ini, kini segalanya begitu mudah hanya di hujung jari anda sahaja. Internet serta media sosial merupakan medium yang pantas serta yang terbaik bagi penyaluran maklumat. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar laman sesawang Pejabat CDO ini dapat menjadi satu medium terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pejabat CDO selain turut memaparkan pelbagai aktiviti di Pejabat CDO. Dengan ini, saya berharap agar warga Pejabat CDO serta seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia beroleh manfaat daripada laman sesawang Pejabat CDO ini.

Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali (Ketua Pegawai Digital)