Pelancaran buku “Cyber Crime in Malaysia”: The Pervasive Impact of the Internet telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri iaitu YB Datuk Seri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertempat di Dewan Auditorium Kompleks D, Putrajaya pada 27 Januari 2023.
Buku ini merupakan hasil penulisan daripada beberapa penulis dari bidang Jaminan Keselamatan Maklumat, Undang-undang, Komunikasi dan Ekonomi yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan keselamatan siber. Di kesempatan ini Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ingin mengucapkan tahniah kepada Penyelaras Data Raya, CIO iaitu Dr. Syaril Nizam Omar yang juga merupakan antara penyumbang kepada penulisan buku ini.