Pejabat Ketua Pegawal Digital (CDO)  beserta Systems Development and Engineering Centre (SDEC) telah mengadakan kunjungan ke SUK Negeri Sembilan pada 17 Mac 2025. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan  jalinan kerjasama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan dalam penganjuran program ICT yang dijangka dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat serta menyokong kemajuan bidang teknologi maklumat di negeri ini.

Dengan pelbagai kepakaran yang dimiliki USIM diharap dengan kerjasama ini dapat memberikan impak positif kepada golongan muda, sektor awam dan swasta di Negeri Sembilan.