Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO) dengan kerjasama System Development and Engineering Centre (SDEC) telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik PendigitalanUSIM (2026-2030). Bengkel ini bertujuan untuk merangka hala tuju serta pelan tindakan strategik ke arah pendigitalan yang lebih menyeluruh dan berkesan. Ia juga bertujuan memperkasa tadbir urus, penyampaian perkhidmatan, pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan melalui pemanfaatan teknologi digital.
Beberapa siri bengkel telah diadakan melibatkan staf yang telah dikenalpasti berdasarkan kepakaran masing-masing mengikut Teras. Sebanyak 6 Teras telah dikenalpasti sebagaimana berikut:
Teras 1: Memacu Inovasi Dengan Teknologi Memuncul
Teras 2: Kelestarian Pendidikan
Teras 3: Kecemerlangan Ilmu
Teras 4: Pemanfaatan Data melalui Transformasi Digital dan Integrasi Pintar
Teras 5: Ketahanan dan Kemampanan ekosistem Digital
Teras 6: Governan dan Kepakaran Digital