Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini sedang giat menggerakkan usaha menjayakan inisiatif USIM AI Syariah sejak diwartakan pada 27 Februari 2025 bagi menyokong agenda AI negara serta membantu dalam menyelesaikan kemaslahatan ummah. Sebagai langkah awal bagi merealisasikan usaha ini, USIM akan membangunkan Blueprint USIM AI Syariah sebagai panduan kepada semua PTj dan individu di USIM berhubung matlamat penubuhannya. Beberapa siri bengkel telah diadakan dengan penglibatan daripada pakar-pakar yang telah dikenalpasti.