Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO) dengan kerjasama System Development and Engineering Centre (SDEC) telah menganjurkan Program Explore AI USIM 2025: Google Workspace, Gemini dan NotebookLM. Program ini dibahagikan kepada 2 sesi dan telah mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada para peserta.
Sesi ini akan memberikan pengenalan menyeluruh kepada Google Workspace for Education Plus, iaitu satu rangkaian alat yang mantap bagi menyokong kolaborasi, meningkatkan produktiviti, serta menggalakkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Fokus utama sesi adalah memperkenalkan aplikasi teras dalam platform ini serta meneroka ciri-ciri terkini yang dapat membantu para pensyarah dan pentadbir untuk memudahkan aliran kerja harian dan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik serta interaktif.