Pada 10 Mei 2024, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini merupakan satu program khas yang bertujuan untuk menyatukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.