Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Pejabat CIO. Kami di Pejabat CIO amat komited dalam memberikan perkhidmatan yang komprehensif,

tepat, berkesan, cepat dan berkualiti pada tahap profesionalisme, kerahsiaan (confidentiality) serta integriti yang tinggi.

 

Dengan arus pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) yang serba canggih ini, kini segalanya begitu mudah hanya di hujung jari anda sahaja. Internet serta media

sosial merupakan medium yang pantas serta yang terbaik bagi penyaluran maklumat. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar laman sesawang Pejabat CIO ini dapat menjadi satu

medium terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pejabat CIO selain turut memaparkan pelbagai aktiviti di Pejabat CIO. Dengan ini, saya berharap agar warga Pejabat CIO serta

seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia beroleh manfaat daripada laman sesawang Pejabat CIO ini.

Salam Hormat,
Prof. Madya Ts. Dr Madihah Mohd Saudi
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
USIM